Wednesday, September 2, 2009

Pentingnya Insurans Dan Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sudahkah anda membeli insurans untuk masa hadapan yang lebih cerah? Mungkin ianya bukan untuk anda tetapi untuk anak-anak anda, mungkin juga pewaris, dan yang lebih utama adalah untuk orang yang tersayang. Jangan risau, anda tidak akan kehilangan wang anda malah ia akan lebih menambahkan kewangan anda di masa hadapan. Apa yang utama ialah anda harus bijak memilih plan insurans dan sentiasa menepati syarat-syarat yang telah dipersetujui.


Dengan adanya polisi insurans anda tidak perlu lagi risau tentang bil-bil perubatan yang tinggi kerana ianya dibawah tanggungan syarikat insurans. Insurans kesihatan dan insurans simpanan amat digalakkan dimiliki oleh setiap individu. 


  • Jangan biarkan anda terlantar semula di hospital kerana bil hospital yang tinggi.

  • Jangan jadikan hidup anda sebagai beban kepada orang lain.

  • Jangan biarkan orang tersayang terlantar di hospital tanpa sebarang perlindungan.

  • Jangan biarkan keluarga anda menderita setelah pemergian anda


Anda ambil ikhtibar sekiranya perkara @ musibah diatas menimpa kita, apakah persediaan kita menghadapi segala kemungkinan itu. Malang tidak berbau. Tuah dan musibah boleh menimpa sesiapa sahaja.



Sekian, wasalam.


No comments:

Post a Comment