Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, disini saya cuba senaraikan antara 10 SEBAB UTAMA mengapa setiap anda harus mempunyai pelan insurans perlindungan kesihatan.
1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan sekiranya ditimpa musibah atau kecelekaan.
2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas dengan jumlah tunai yang akan diperolehi.
3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.
4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.
5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/kesihatan yang tinggi.
6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.
7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.
8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.
9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.
10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.
Tepuk dada tanya pada selera anda. Insurans hari ini adalah satu keperluan. Ada juga kalanya dikalangan yang saya temui memberikan alasan "saya tidak minat.....". Ini bukan soal minat atau tidak. Ia adalah satu keperluan.
Saya sekadar berkongsi pengalaman diatas kesedaran apabila musibah menimpa adik saya sendiri dan dapat dibayangkan bagaimana beban itu terpaksa kita hadapi. InsyaAllah, saya akan cuba masukan foto-foto adik saya setelah mendapat kebenaran dari beliau.
Terima kasih dan salam hormat.
Adik aku seorang kakitangan kerajaan berusia 27 tahun dan telah disahkan oleh doktor menghidap penyakit barah darah atau lebih dikenali dengan nama leukimia.
ReplyDeleteKadang2 berminggu-minggu terlantar di hospital dan beliau sudah 7 tahun menghidapnya. Cerita mengenai beliau akan dipaparkan nanti sebagai renungan untuk kita bersama.