Friday, September 4, 2009

Mari Mengenali SM Yusrie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
hari ini saya ingin menulis serba ringkas mengenai latarbelakang siapakah SM Yusrie. SM YUSRIE adalah singkatan dari nama penuh SYED MOHAMAD YUSRIE BIN SYED ALWEI. Dilahirkan di Langkawi pada tahun 1972 dan kini menetap di Alor Setar.


Sebelum melibatkan diri sepenuh masa bersama MCIS Zurich Insurance Berhad, pernah berkhidmat dengan Mayban Finance Berhad, Langkawi dari 1992 sehingga 1997 sebelum ditawarkan berkhidmat di Bumiputra Commerce Finance, Langkawi pada awal tahun 1998.

Sekian, wasalam.

Latarbelakang MCIS Zurich Insurance Berhad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin menulis sedikit tentang sejarah latarbelakang syarikat MCIS yang memang pun sudah dikenali ramai. Untuk memilih insurans, selain dari faktor syarikat itu sendiri yang memainkan peranan penting, namun PEMILIHAN AGEN yang benar-benar dapat melaksanakan tugasnya adalah TERPENTING. 


MCIS ditubuhkan pada tahun 1954 dan menjadi MCIS Insurance pada tahun 1998. Liberalisasi pasaran dan keperluan kepada kekuatan entiti untuk beroperasi secara efektif dalam suasana global menyebabkan MCIS bergabung dengan Zurich Financial Services, iaitu penyedia perkhidmatan insurans kelima terbesar di dunia yang mendapat ranking ke 59 dalam Fortune Globals 500 pada tahun 2005. 


Zurich Financial Services Group (Zurich) adalah syarikat yang berasaskan insurans dengan rangkaian global dan anak-anak syarikatnya serta pejabat-pejabat di Amerika Utara dan Eropah, juga Asia Pasifik, Amerika Latin dan lain-lain pasaran ditubuhkan pada tahun 1872 dan berpusat di Zurich, Switzerland. Syarikat ini menggaji lebih daripada 60,000 orang pekerja di lebih daripada 170 buah Negara.

Pada tahun 2004, mereka mencatatkan pendapatan kasar sebanyak USD 49.0 billion melalui premium dan yuran polisi di serata dunia juga termasuk USD191.1 billion hasil daripada pelaburan kumpulan. Perjanjian bersama dan penggabungan antara kedua syarikat ini bukan sahaja gabungan yang kuat bahkan meletakkan MCIS Zurich sebagai syarikat penanggung insurans tempatan dengan piawaian antarabangsa.

Pada hari ini, MCIS Zurich dengan bangganya berdiri sebagai peneraju insurans am dan hayat dengan keseluruhan aset melebih 2.9 billion dan pendapatan premium kasar menghampiri RM500 juta. MCIS Zurich menggaji lebih daripada 500 orang pekerja dan 5000 agen dan beroperasi melalui 26 cawangan yang terletak di ibu-ibu negeri dan bandar-bandar utama.

Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich

Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich terdiri daripada 5 orang ahli panel yang mempunyai kepakaran dan dan pengalaman dalam syariah sebagai pelengkap kepada industri insurans.

MCIS Zurich (MZ) merupakan syarikat insurans konvensional pertama di Malaysia yang mempunyai Majlis Penasihat Syariah. Majlis Penasihat Syariah ini berperanan untuk memberi konsultansi dan nasihat kepada pengurusan, melakukan kajian dan pembangunan ke atas pelbagai perkara berkaitan insurans melalui perspektif syariah dan mengambil bahagian dalam pameran dan berinteraksi dengan 5000 pekerja agensi MZ di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran dan etika dalam penjualan produk-produk insurans.

Penubuhan majlis ini juga adalah inisiatif MZ untuk menjaga kebajikan 400,000 pemegang polisi yang mana 50% daripadanya adalah pelanggan Bumiputra. MZ juga bercita-cita untuk memasuki pasaran Takaful dengan adanya Majlis tersebut.

Majlis tersebut diketuai oleh pengerusinya iaitu Y.Bhg Prof Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain iaitu seorang tokoh dalam pengajian Islam dan falsafah. Beliau memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan di antara tahun 2003 dan 2005 dan sekarang ini berkhidmat sebagai Rektor di Kolej Islam Darul Ridzuan di Ipoh.

Ahli-ahli Majlis yang lain adalah Y.Bhg. Sohibus Samahah Dato’ Ismail bin Yahya, Mufti Terengganu, Dr Shofian bin Ahmad, tokoh dalam kontrak undang-undang Islam, Professor Madya Mostafa Kama bin Mokhtar, tokoh dalam pengajian Islam dan Tuan Haji Mustapha bin Md Nasir, ahli lembaga pengarah MCIS Zurich Insurance Berhad


Untuk maklumat lebih lanjut ahli Majlis Penasihat Syariah, anda boleh melawat laman web rasmi MCIS Zurich Insurance Berhad. 




Sekian, wasalam.

Kad Kesihatan MCIS Zurich Insurance Berhad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dipanjangkan umur untuk terus menjalani ibadah puasa yang dah masuk minggu ke-2 pun. Hari ini saya berkesempatan untuk menulis panjang tentang faedah memiliki Kad Kesihatan MCIS Zurich Insurance Berhad.


MANFAAT KAD PERUBATAN
1. Bilik Hospital & Makan - Membayar ganti caj2 hingga  20 hari bagi mana2 satu tempoh penginapan 48 panel hospital swasta.

2. Unit Rawatan Rapi - Membayar caj2 bilik sehingga 60 hari bagi mana2 satu penginapan ICU.

3. 88 panel hospital diseluruh Malaysia contohnya seperti Kedah Medical Centre (KMC), Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar, Metro Specialist Sungai Petani.

4. Had manafaat sepanjang hayat - untuk sakit dan kemalangan!!

5. Melindungi anda diseluruh dunia!!

6.Rawatan pesakit luar 24 jam di klinik/hospital pun dibayar jika disebabkan kemalangan.

7. Rawatan sebelum dan selepas keluar hospital pun dibayar oleh syarikat untuk sakit dan kemalangan.
MEDICAL CARD ini dijamin akan diperbahruhi setiap tahun dan tiada tambahan bayaran memperbaharuinya walaupun anda claim sehingga maksimum.

MENGAPA MEDICAL CARD : -
1. Anda dapat gunakannya untuk membayar bil hospital atau membayar bil lebihan yang melebihi had tanggungan majikan.

2. Anda sentisa pasti bahawa bil hospital anda tidak akan membebankan keluarga.

3. Rawatan segera, tidak perlu tunggu giliran untuk pembedahan seperti dihospital kerajaan. (siapa yang pernah masuk dan alami senario ini akan faham)

4. MEDICAL CARD dapat digunakan selepas bersara atau apabila majikan baru tidak memberikan perlindungan.




Sekian, wasalam.

Wednesday, September 2, 2009

PENTING : Kenapa Dengan Orang Melayu ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kaum Melayu kita yang menyertai skim insurans adalah terlalu sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. Saya sendiri pernah menolak suatu masa dahulu apabila disuruh mengambil insurans. Tetapi alhamdulillah sekarang dah terbuka minda saya tentang betapa pentingnya mempunyai insurans pelan perlindungan diri.

 
Perangkaan yang dibuat menunjukan peratusan kaum kita orang Melayu terlalu minoriti berbanding kaum lain. Berfikirlah secara minda terbuka.



JANGAN BERLENGAH LAGI, aturkan temujanji untuk bertemu saya untuk saya terangkan kepada anda secara eksklusif sessi buka minda tentang kepentingan mempunyai insurans. Semoga apa yang saya ini dapat juga dipanggil jihad ekonomi kearah menyedarkan kaum bangsa saya sendiri.

Saya boleh dihubungi melalui
email rasmi : smyusrie203@mzpartners.com.my
email umum : walisarie@gmail.com
atau telefon 017-4252 742

Berpengalaman luas di dalam produk MCIS Zurich Insurance dan di dalam industri perbankan  dan saya komited dengan kerjaya saya dan  sedia memberi khidmat terbaik untuk anda.


Jika anda perlukan penerangan, saya sedia berkunjung ke tempat anda. ZON LIPUTAN  kawasan perkhidmatan saya adalah merangkumi :-


KEDAH
PERLIS
PERAK (Ipoh/Taiping)
PULAU LANGKAWI

Sila SMS ayat berikut ke nombor handphone saya : "Saya ingin penerangan MZ". Insyaallah saya akan telefon anda semula.




Sekian, wasalam.

Apa Itu H1N1 ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mari kita lihat fakta berkenaan penyakit yang menjadi wabak ditakuti masa kini. Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.

Influenza A
Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,H1N2, H3N1, H3N2,and H2N3.
Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).
Interaksi dengan H5N1
Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia. H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift.In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negatif.

Bagaimana ia menjangkiti manusia
Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom-simptom utama bagi selesema babi pada manusia.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk “menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka.”Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .

Selesema babi pada manusia
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam.Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.

Selesema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.Vaksin bagi selesema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selesema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.

Marilah kita mengambil ikhtibar dengan peristiwa yang berlaku dan semoga kita semua sentiasa mendapat perlindungan dari yang Maha Esa.

Sekian, wasalam.

RM200 berbaloi atau tidak dengan manfaat ini ??


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda bayangkan dengan simpanan RM200 sahaja sebulan, anda mampu untuk menikmati manfaat-manfaat seperti berikut. Malah diakhir tempoh polisi, anda akan memperolehi sebahagian jumlah simpanan tersebut RM49,680 dan saya cuba letakan disini satu contoh tepat yang diambil kira berdasarkan maklumat 'prospect' seperti berikut :-

Umur : 28 tahun
Jantina : Lelaki
Premium : RM207.39 sebulan

Apa manfaat yang diperolehi oleh 'prospect' ini ?

  1. Faedah Kematian. Bila berlaku kematian biasa, pampasan RM100,000 akan dibayar dan sekiranya kematian disebabkan kemalangan, RM200,000 akan dibayar kepada waris/penama

  2. Faedah Hilang Upaya. Hayat yang diinsurankan akan dilindungi sehingga umur 65 tahun atau tempoh polisi yang mana lebih awal. Sekiranya disahkan mengalami hilang upaya maka RM100,000 akan dibayar

  3. Faedah Penyakit Kritikal. Faedah ini akan melindungi hayat yang diinsurankan sehingga umur 70 tahun atau tamat polisi yang mana lebih awal. Sekiranya disahkan mengalami penyakit kritikal, maka faedah sekali bayar sahaja sebanyak RM10,000 akan dibayar.

  4. Khairat Kematian RM2,000

  5. Elaun Harian Hospital. Jumlah Elaun Harian Hospital untuk pakej pelan ini, semuanya berjumlah RM250 sehari.

  6. Jumlah Simpanan hasil tabungan anda sebanyak RM49,680 akan dibayar apabila tamat polisi.

  7. Kad Kesihatan yang melayakan anda menerima rawatan di 88 buah pusat rawatan pakar diseluruh negara Malaysia.

  8. Had rawatan maksima RM80,000 setahun dan RM240,000 had seumur hidup.

  9. Kos rawatan seperti yang dicaj akan dibayar




Sekian, wasalam.

Perlindungan Kesihatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bila kita bercakap soal simpanan, kebanyakan orang memang ada simpanan sendiri setiap bulan. Tidak kiralah dimana anda menyimpan sama ada di bank, Tabung Haji atau mana-mana, sikit-sikit mesti ada. Perkara biasalah kalau simpan hari ni, esok lusa keluar semula. Emergency lah katakan..hehehehe.


Tapi, bila cakap soal perlindungan kesihatan, cuba bilang dengan jari, berapa ramai mak bapak yang ambil inisiatif untuk sediakan perlindungan kesihatan untuk anak-anak? Senang cakap insuranlah.

Janganlah mengeluh tak ada duitlah, tak cukup bajetlah, tak cukup makanlah. Ish...asyik-asyik nak mengeluh. Semua rezeki kita ni kan Allah yang tentukan. Tiap-tiap anak tu Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Baca doa banyak-banyak macam pernah aku tuliskan dulu. InsyaAllah, rezeki akan datang dari arah yang tak disangka-sangka dan kita akan terhindar daripada perasaan sentiasa gundah gulana

Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, bagus....tapi...lu pikirlah sendiri. kalau dah ada pengalaman lagi bagus. Birokrasinya, perghh....lambat giler!!! Nak buat scan lambat, MRI lagilah lambat. Doktor pun bukannya banyak sangat. Semua tu pengalaman aku. Paling tidak kalau ke swasta cepat sikit semua urusan. Memanglah nak masuk kena bayar sikit tapi kalau bil beribu-ribu, mampu ke nak bayar?

Kalau ada insuran, insuran akan cover dan kita pun akan dapat service yang baik.  Bilik pun selesa sikit, service pun cepat.



Semoga kita semua sentiasa mendapat manfaat bila sudah mempunyai insurans.


Sekian, wasalam.

Langkah-Langkah Pembayaran Online Melalui Maybank2u


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bayaran premium bulanan juga dapat dibuat menerusi Maybank2u.com. Saya akan tunjukan pembaca budiman cara bagaimana untuk membuat pembayaran secara online.

Langkah 1



Selepas anda login, skrin seperti dibawah akan tertera. Kemudian pilih menu "Bill Payment" dan kemudian "Add Favourite Payee".








Kemudian pilih pembayar MCIS Zurich Insurance Berhad. Anda hanya perlu masukan nombor polisi dan juga nama lengkap didalam ruang rujukan yang diminta.




Sekian, wasalam.



Empat Penyakit Dalam Satu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




KENCING MANIS, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:
 

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis:

-55 peratus kematian kerana komplikasi jantung
-13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
-13 peratus kes kematian kerana kanser
-19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Namun, komplikasi kematian akibat kencing manis boleh dibendung. Ini didapati daripada kajian klinikal terbesar, ADVANCE anjuran syarikat farmaseutikal Servier yang membabitkan pesakit kencing manis di seluruh dunia.

Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa isu yang belum diselesaikan berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes mellitus, iaitu jenis kencing manis yang dihidapi pesakit dewasa.

Antara keputusan dalam cabang yang mengkaji penurunan tekanan darah menunjukkan gabungan komposisi tetap ubat perindopril dan indapamide iaitu rawatan untuk hipertensi (tekanan darah tinggi), dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan masalah jantung dan buah pinggang dalam pesakit kencing manis.

Gabungan ubat yang diberi mencatat pengurangan ketara terhadap jumlah kematian keseluruhan (sehingga 14 peratus) dan risiko kematian akibat penyakit jantung (sehingga 18 peratus).

Dalam perkataan mudah, dalam tempoh lima tahun kajian, satu kematian dapat dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan rawatan perindoril dan indapamide.

Selain itu, risiko berlaku kejadian membabitkan jantung berkurang sebanyak 14 peratus dan 21 peratus bagi kejadian penyakit buah pinggang. Ini bermakna, satu kejadian koronari dapat dielak untuk setiap 75 pesakit yang diberi rawatan ini.

Kajian ADVANCE dilakukan secara rawak di pelbagai pusat membabitkan 11,140 pesakit kencing manis di 215 pusat dari 20 negara di Asia (termasuk Malaysia), Australasia, Eropah dan Amerika Utara; iaitu negara yang mengalami masalah kencing manis serius.

Di negara kita, kajian dilakukan di lima pusat iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Besar Ipoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Besar Pulau Pinang.

Pemilihan pesakit untuk kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria, iaitu berumur melebihi 55 tahun dan ada sejarah komplikasi penyakit makro dan mikro vaskular dalam tempoh tahun sebelum menyertai ujian, menunjukkan tanda faktor risiko lain serta menghidap hipertensi atau tekanan darah normal.

Kajian itu membabitkan empat cabang untuk menyelidik fungsi jantung dan mata selepas gabungan medikasi, keberkesanan kos dan kualiti kehidupan dan faktor genetik.


Sekian, wasalam.

H1N1 Turut Dilindungi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saban hari, angka kematian di negara kita kian bertambah akibat wabak virus H1N1. Sebagai seorang Perunding Kewangan, aku pada mulanya dulu agak kecewa bila H1N1 dikatakan tidak dapat dilindungi seperti mana yang terkandung di dalam polisi insurans.

Alhamdulillah, akhirnya kenyataan H1N1 turut dilindungi sedikit sebanyak membawa khabar gembira buat pemegang-pemegang polisi.

"Meskipun majoriti polisi perubatan tidak memasukkan penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina oleh undang-undang, syarikat insurans hayat bertindak kepada keperluan mendesak negara berikutan peningkatan jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu," menurut kenyataan LIAM di Kuala Lumpur semalam.

Menurut LIAM, syarikat insurans akan terus memantau situasi dan akan memaklumkan kepada pemegang polisi sebarang perubahan keputusan.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata perlindungan dan polisi kesihatan berbeza antara satu syarikat dengan syarikat lain.

"Ia bergantung kepada syarikat berkenaan sama ada mahu memasukkan Influenza A(H1N1) dalam polisi mereka. Kami tidak boleh memaksa mereka mengubah polisi," kata penasihat teknikal PIAM Tan Eng Leong kepada Bernama.

Menurut laman web PIAM, polisi kesihatan umumnya tidak mengecualikan rawatan kemasukkan ke hospital bagi jangkitan atau penyakit berjangkit seperti H1N1.

"Namun, beberapa polisi ada menyatakan pengecualian perlindungan bagi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina mengikut undang-undang.

Ini bermakna jika H1N1 diklasifikasikan sebagai satu penyakit berjangkit memerlukan kuarantina oleh undang-undang Malaysia, maka polisi sedemikian tidak meliputi perlindungan seperti perbelanjaan perubatan," kata beliau.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr David Quek Kwang Leng meminta syarikat insurans supaya lebih bermurah hati dan lebih memahami krisis seumpamanya.

"Kami menghadapi beberapa masalah dengan syarikat insurans kesihatan. Ini terutamanya berhubung kes-kes di hospital swasta di mana banyak syarikat insurans enggan membayar semula rawatan kerana telah termaktub dalam kontrak insurans perubatan, pengecualian rawatan wabak penyakit," kata beliau.
Semoga kita semua dijauhkan dari wabak H1N1 dan sentiasa akan mendapat perlindungan yang lebih besar dari Maha Pencipta.


Sekian, wasalam.

Pentingnya Insurans Dan Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sudahkah anda membeli insurans untuk masa hadapan yang lebih cerah? Mungkin ianya bukan untuk anda tetapi untuk anak-anak anda, mungkin juga pewaris, dan yang lebih utama adalah untuk orang yang tersayang. Jangan risau, anda tidak akan kehilangan wang anda malah ia akan lebih menambahkan kewangan anda di masa hadapan. Apa yang utama ialah anda harus bijak memilih plan insurans dan sentiasa menepati syarat-syarat yang telah dipersetujui.


Dengan adanya polisi insurans anda tidak perlu lagi risau tentang bil-bil perubatan yang tinggi kerana ianya dibawah tanggungan syarikat insurans. Insurans kesihatan dan insurans simpanan amat digalakkan dimiliki oleh setiap individu. 


  • Jangan biarkan anda terlantar semula di hospital kerana bil hospital yang tinggi.

  • Jangan jadikan hidup anda sebagai beban kepada orang lain.

  • Jangan biarkan orang tersayang terlantar di hospital tanpa sebarang perlindungan.

  • Jangan biarkan keluarga anda menderita setelah pemergian anda


Anda ambil ikhtibar sekiranya perkara @ musibah diatas menimpa kita, apakah persediaan kita menghadapi segala kemungkinan itu. Malang tidak berbau. Tuah dan musibah boleh menimpa sesiapa sahaja.



Sekian, wasalam.


Elaun Kemasukan Hospital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 



Pagi ini saya ingin berkongsi dengan saudara pembaca tentang manfaat yang ramai tidak mengetahuinya apabila anda menyertai skim insurans. TAHUKAH ANDA yang anda sebenarnya boleh membuat tuntutan elaun harian bagi setiap bilangan hari anda dimasukkan ke hospital dibawah polisi rider "Elaun Harian Kemasukan Hospital @ New Hospital Benefit (NHB)". 



Katakan anda seorang peniaga kedai makanan. Suatu hari, musibah telah menimpa anda yang mengakibatkan anda terpaksa dimasukan kedalam wad di hospital. Anda telah dimasukan untuk tempoh selama 7 hari dan bermakna juga yang anda telah gagal untuk menjalankan perniagaan anda selama tempoh anda berada di wad hospital.



Tapi, dengan perlindungan rider ini, maka anda layak untuk membuat tuntutan elaun harian kemasukkan hospital berdasarkan pelan elaun yang dipilih seperti RM150 x 7 = RM1,050. Setidak-tidaknya, walaupun anda gagal untuk menjalankan perniagaan ketika berada di wad hospital namun anda layak untuk memperolehi jumlah elaun harian tersebut.



Sekian, wasalam.

Tuesday, September 1, 2009

Contoh Kad Kesihatan (Medical Card)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ini adalah contoh Kad Kesihatan @ Medical Card MCIS Zurich Insurance Berhad. Dengan mempunyai Kad Kesihatan ini, anda secara automatik akan mempunyai jumlah perlindungan kesihatan untuk kos rawatan penghospitalan maksima sehingga RM540,000 (tertakluk kepada syarat & terma).



Saya akan menulis apa istimewanya memiliki kad perubatan MCIS Zurich ini di masa akan datang. Kad ini sah laku pakai di semua 88 buah pusat rawatan pakar di seluruh negara Malaysia. Saya akan menyenaraikan kesemua hospital disetiap negeri sebagai rujukan anda. 


Terima kasih dan salam hormat. 

10 Sebab Kenapa Anda Perlukan Insurans


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, disini saya cuba senaraikan antara 10 SEBAB UTAMA mengapa setiap anda harus mempunyai pelan insurans perlindungan kesihatan.


1. Untuk melindungi pendapatan keluarga


Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan sekiranya ditimpa musibah atau kecelekaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya


Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas dengan jumlah tunai yang akan diperolehi.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak


Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan


Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan


Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri


Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang


Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga


Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh


Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan


Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.



Tepuk dada tanya pada selera anda. Insurans hari ini adalah satu keperluan. Ada juga kalanya dikalangan yang saya temui memberikan alasan "saya tidak minat.....". Ini bukan soal minat atau tidak. Ia adalah satu keperluan. 

Saya sekadar berkongsi pengalaman diatas kesedaran apabila musibah menimpa adik saya sendiri dan dapat dibayangkan bagaimana beban itu terpaksa kita hadapi. InsyaAllah, saya akan cuba masukan foto-foto adik saya setelah mendapat kebenaran dari beliau.

Terima kasih dan salam hormat.